Khamis, April 22, 2010

cahaya penghabisan jatuh di lautan
camar-camar pun entah ke mana
di kejauhan: perahu-perahu nelayan
namun sia-sia kau memahaminya
Menuju ke Pulau Impian...

Ahad, April 18, 2010

Keindahan yang tak pernah kutemui.
Lokasi: Perairan Pulau Mantanani

Sudah pasti anda bertanya motif foto ini. Masalah
komunikasi persendirian di Pulau Mantanani agak
merumitkan juga terutama peranti telefon bimbit.
Masalah seperti ini berlaku di mana-mana akibat
tidak menerima pancaran yang jelas. Begitu pun
terdapat tempat-tempat seperti foto ini. Ia merupakan
sebuah gerai makan di hujung pualu berkenaan.