Jumaat, Mei 15, 2009

Sebahagian daripada beberapa peristiwa manis yang sempat dirakam semasa berkursus di Intan Sabah. Training of Trainers (TOT's) menjadi punca kami bersama-sama menerima ilmu, kaedah dan teknik yang betul sebagai jurulatih. Dengan bilangan yang kecil menceriakan interaksi. Saya dapat membezakan pada jam pertama memasuki Bilik Cendana 1 sehingga keintiman dapat dirasai sepertimana juga kursus-kursus yang ditempohi ramai orang. Aktiviti 'ice-breaking' cukup memberikan kesan yang istimewa.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberi ruang terbaik untuk saling kenal malah teknik ini menjadi input antara ilmu yang dibawa balik ke jabatan masing-masing. Pada saya ia lebih daripada itu. Terima kasih kepada pembimbing kami Encik Azlan Ahmad yang agak simple tetapi tak pernah semudah itu mempamerkan ilmu kejurulatihan kepada sebahagian kecil jurulatih yang memiliki bidang masing-masing. Pada saya sesi yang paling menarik selain ice-breaking ialah sesi persembahan tugasan. Dalam sesi ini menjelmakan pelbagai kebolehan, kepakaran, kecenderungan yang membuatkan kami saling interaksi dan menerima elemen-elemen baru, input baru bahkan informasi baru yang kebanyakannya tidak pernah dialami. Ada rakan yang mempersembahkan mata wang dinar, peranan Kementerian Hal Ehwal Pengguna, mengenai OKU (Orang Kurang Uapaya), tentang Dadah, perihal rasuah, cara-cara memancing yang betul, mengenai komunikasi, pencemaran alam, keselamatan di tempat kerja dan beberapa persembahan lain yang memang menarik. Tetapi antara yang menarik itu persembahan rakan perserta yang mengenengahkan pertunjukan CPR (Cardiopulmonary resuscitation). Sayangnya masa yang diberi untuk latihana persembahan ini hanya 5-10 minit sahaja. Bagaimanapun ia tetap mencapai apa diperlukan. Isu yang paling penting lagi kami telah memahami persiapan dan prosedur sebelum memulakan tugas mengajar dan berceramah. Rancangan Sesi Pembelajaran (RSP) perlu disediakan sebagai panduan ketika bertugas. Bukan mudah memahami apa yang diperlukan, apa yang dikehendaki atau apa yang hendak diberikan kepada audiens. Apa yang penting ialah sejauhmana objektif sesuatu pengajaran itu mampu dicapai berdasarkan kaedah yang diaplikasikan. Saya secara peribadi menemui apa yang saya cari. Setelah beberapa kali percubaan menyertai kurus TOT's ini gagal, kali ini saya merasa amat bertuah sebagaimana rakan-rakan sekursus yang lain juga. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan perserta. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada sebagai penghulu kursus. (Foto diambil oleh HA)

Kami menyertai Kursus Training Trainers (TOT's)
di Intan Sabah selama 3 hari bermula 12 Mei 2009.
Dalam foto ini saya sebagai Penghulu Kursus
sedang menerima sijil penyertaan. Sebagai
jurulatih kami menerima pelbagai pendedahan
dan tip-tip sebagai jurulatih yang berkesan.
Hostel dan kuaters staf
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah
(dirakam melalui surau)
~ SENTIASA DI HADAPAN ~

Ahad, Mei 10, 2009


Ketika ditugaskan di Negeri Kedah semasa PRK Bukit Selembau, seperkara yang menguja saya ialah tentang kertas undi. Apabila diumumkan seramai 15 orang calon bertanding bagi PRK berkenaan saya menggambarkan bagaimana saiz kertas undinya. Jika di Sabah bilangan calon paling ramai 8 orang yang berlaku di Tanjung Kapor Kudat. Tapi kali ini 15 orang calon, maka lihatlah saizanya. Bukan itu sahaja, keadaan di saluran mengundi juga berbeza daripada biasa. Ketua Tempat Mengundi perlu menyediakan 15 buah meja dan kerusi untuk ejen-ejen calon bertanding di samping peti-peti undi tambahan. Ini ditambah lagi ketika mengira undi, jika sebelumnya masa digunakan hanya sekitar 30 minit atau paling lama sejam, kali ini lebih daripada itu. Petugas pilihan raya perlu memaparkan kertas yang ditanda kepada semua ejen mengira undi, bayangkan 15 orang ejen kemudian 'tray' atau dulang untuk kertas-kertas undi juga sama jumlahnya iaitu 15 dulang, akan ditambah lagi apabila ada calon yang menerima undi yang besar. Inilah pengalaman terbaik setakat berkhidmat di SPR selama 25 tahun.

Setiap petang inilah lebih kurang pandangannya, sebuah perkampungan Melayu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Di sebelah kanan (tiada dalam foto) ialah sebuah padang golf yang juga menempatkan dua buah hotel bertaraf bintang-bintang iaitu Hotel Sutera dan Hotel Magelen. Jika air laut surut boleh mencari lokan di sini. Masa paling indah di tempat ini sebenarnya ketika matahari sedang terbenam. Indah banget. Saya selalu kesasar masa, seperti saat mengambil foto ini, tidak sempat kerana ia berlaku dengan cepat. Saya berazam untuk mendapatkan suasana itu.

Jalan ini saya ikuti setiap hari untuk berada di sebuah kompleks kerana di situlah tempat saya berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Jalan ini juga perlu dilalui untuk mengunjungi One Borneo sebuah kompleks terhebat di Sabah dan sebelum itu melalui jalan ini juga sekiranya ingin meneruskan penganjian di Universiti Malaysia Sabah. Sebelum menemukan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah jalan ini juga menjadi penghubung ke Dewan Undangan Negeri, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Bangunan Innoprise yang menempatkan Jabatan Ketua Menteri Sabah dan di sebelahnya Menara Tun Mustpha.