Ahad, April 19, 2009

Sejak dahulu sampai kini peperangan poster menjadi aktiviti yang wajib dilakukan oleh parti atau individu yang bertanding dalam sesebuah pilihan raya. Foto ini merupakan arkib koleksi kenangan ketika Parti USNO dan Parti Berjaya di Sabah bersaing dalam Pilihan raya Umum Negeri Sabah 1981.
Antara ketua-ketua unit Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah yang menjadi tulang belakang organisasi yang menjalankan 3 fungsi utama SPR - menjalankan ulangkaji persempadanan bahagian pilihan raya, mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih dan menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri.