Komuniti desa di Sabah amat mengenali insan ini. Dia lebih dikenali sebagai Ampal. melekat di bibir peminatnya berbanding nama sebenarnya, Abu Bakar Elah. Foto ini dirakam ketika beliau membuat persembahan di Pesta Tagunggu, Paitan.
Foto ini merakamkan salah satu kumpulan penari yang menyertai Tarian Etnik Orang Sungai di Pesta Tagunggu yang berlangsung pada 9 Ogos 2009 di Pentas Rakyat Paitan. Kumpulan penari ini berasal dari Kampung Malaysia, Paitan, Beluran.