Sabtu, Disember 27, 2008




Ini keakraban Adek dan Abang. Suatu ketika mereka pernah dibesarkan bersama di bawah satu bumbung di rumah kami. Ketika Abang berusia 8 tahun dia 'diambil' sembula oleh keluarganya. Keluarganya bukan orang lain, adik saya sebenarnya. Cuma 'perpisahan' telah terjadi antara kami. Namun benarlah apa yang sering saya dengar bahawa biar apapun atau bagaimana apapun keadaan kami, naluri antara saya dengan Abang, antara Adek dengan Abang bahkan Kakak dan isteri saya sentiasa menyatu. Kami berlima yang satu sebenarnya. Sukar untuk diceritakan mengapa terjadinya perpisahan itu, sejak itu saya sering sedih yang kadang-kadang mengalirkan air mata. Ini disebabkan keakaraban tentunya. Saya sering menerima kesedihan yang sama apabila sesekali bertemu dengan Abang. Abang sering mengesat airmatanya walaupun dia berusaha menyembunyikan kesayuan hatinya. Saat ini Abang berusaia 15 tahun, dia tidak pernah berubah, tetap manja apabila bersama keluarga kami yang kecil ini.

Jumaat, Disember 26, 2008

Tuah Hang Tuah ada di mana? Ini ungkapan yang selalu saya dengar sejak kecil lagi. Tetapi jika ditanya tuah Dr. Haji Chacho Haji Bullah terletak pada novelnya, 'Bungalina'. Sesungguhnya usaha gigih beliau telah membuahkan hasil walaupun novel tersebut memakan masa yang lama sebelum berjaya diterbitkan pada tahun 2007 sebagai buah tangannya ketika menjadi Penulis Anak Angkat DBP Cawangan Sabah. Apa kurang juga dua orang penulis muda di kanan dan kiri Dr. Haji Chacho - Masri Judah dan Tasia Arlina Ismail. Karya Masri berjudul 'Bu' Santah' merupakan sebuah cerpen yang mengukir keindahan budaya melalui gambaran dan perincian tentang makan tradisi yang semakin dilupakan. Tasia antara aktivis teater yang sedang menempa nama di Sabah khususnya berjaya menambat hati para penilai Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 menerusi skrip yang beliau pernah arahkan dalam slot Anjung Apresiasi bertajuk 'Impian Orang-orang Kecil'.
Tan Sri Haji Ab Rashid Ab Rahman membina lagendanya yang tersendiri di SPR saya fikir begitu. Beliau pemimpin yang kontroversi bagi sesetengah pihak namun sebenarnya berkhidmat di SPR sentiasa berhadapan dengan pelbagai perkara yang bakal membentuk seseorang menjadi apa yang sering difikirkan orang apabila keperluan mereka diabaikan. Kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana Tan Sri Ab Rashid seorang yang amat menggemari sastera. Selepas ini beliau akan menulis seperti katanya pada satu majlis yang kami lakukan sebagai mengenang jasanya kepada seluruh warga SPR di Sabah khususnya dan juga rakyat Negeri Sabah sebelum beliau menamatkan khidmatnya sebagai Pengerusi SPR pada 30 Disember 2008.














Seumur hidup inilah pertama kali memegang seekor penyu. Rasanya tidak sah ke Pulau Penyu di Bali jika tidak mengangkat penyu, barangkali begitulah.














Bahagian jalan di Kuta, Bali. Seronok berjalan-jalan di bandar yang sempit tapi sarat dengan pelbagai kedai yang menyediakan pilihan hati untuk dijadikan kenang-kenangan atau ole-ole buat keluarga dan teman-teman. Tidak seronoknya kerana tidak ada restoran atau gerai makan yang membolehkan orang seperti saya sewenangnya duduk dan makan.

Khamis, Disember 25, 2008















Keperihatinan seorang yang begitu disegani. Simboliknya betapa 'sastera' juga telah berada pada tempatnya yang istimewa. Kerana sastera itu kehidupan, tentu amat bertepatan ruang sastera dimiliki oleh setiap insan yang berbudaya tinggi.













Inilah jamuan makan malam yang lain daripada biasa. Berbaloi menjadi seseorang yang bila dihargai maka kita pun wajar menghargainya. Kerana itu makan di ketika itu tidak begitu penting. Menanti masa untuk berada di pentas, bersalam dengan Tun Yang diPertua Negeri diperhatikan oleh ratusan hadirn yang di antaranya merupakan penulis, pembaca/peminat tulisan yang dikerjakan para penulis, pentelaah sastera dan sebagainya lagi. Barangkali sampai juga masanya untuk kita mencari ungkayah yang berganda agar dapat melahirkan generasi penulis baru agar kegemilangan sastera yang kita bina ini mampu dipertahankan.














Memang ada yang menarik tentang poster di hadapan kami ketika itu. Poster ini memberitahu orang yang memandangnya mengenai penulis-penulis Negeri Sabah yang menyumbang makalah atau yang terlibat dalam melestarikan pengkaryaan sastera di Malaysia khususnya. Jika anda berkunjung ke Bangunan DBP Cawangan Sabah jangan lupa menyaksikan 'majalah dinding' yang diisi dengan maklumat-maklumat aktiviti DBP dan juga pameran yang disediakan begitu kemas sekali. Dan bagi para penulis jangan segan untuk bersantai di pejabat kami, pejabat para penulis berhampiran kantin DBP.














Puteri Ezza dan Oneh antara individu yang turut meraikan majlis penyampaian Hadiah Sastera Sabah. Siapa yang lebih anggun? Foto ini dirakam oleh Adek.













Sahabat saya Mohd Azrone Sarabatin begitu teruja apabila judul cerpen yang pernah meraih Hadiah Sastera Sabah 1996/1997 dijadikan tajuk buku. Buku yang dimaksudkan ialah 'Nembiluk'. Mohd Azrone seorang wartawan ketika karyanya terpilih sebagai antara karya sastera terbaik merupakan sebahagian penulis muda yang begitu bagus menghasilkan cerpen dan juga puisi. Sayangnya selepas itu beliau sudah jarang menulis karya kreatif apabila begitu komited terhadap kerjaya sebagai wartawan. Foto ini juga merakamkan keceriaan Norjanah Yusof salah seorang pegawai penting DBP Cawangan Sabah yang banyak membantu menangani aktiviti sastera dan bahasa di Sabah.

Ahad, Disember 21, 2008














Bersama-sama penulis yang menerima penghargaan Hadiah Sastera Sabah 2008/2007 daripada Tun Ahmad Shah Abdullah - (dari kiri) Tajudin Padis, Hj Alipah Jambuaan, Mohd Zain AH, saya dan NR Rahim.















Ini rakaman istimewa bersama sahabat-sahabat saya - (dari kiri) Mohd Azrone Sarabatin, Abd Naddin Hj Sahaiddin dan Mabulmaddin Hj Sahaiddin, bersantai di Pejabat IPS DBP Cawangan Sabah selepas majlis penyampaian hadiah.














Bersama Faridah Abd Hamid, Hajah Mariam Omar dan Brahim Samad juga antara penerima Hadiah Sastera Sabah 2006/2007.