Di sisi ayahanda tersayang.
Sabtu, Disember 20, 2008
Lama juga tidak menemui dua orang penyair dari Kudat ini. Sebelah kiri, Tuan Haji Alipah Jambuaan dan di sebelahnya Mohd Zain Assoh (Mohd Zain AH). Mereka ini penyair penting di sebelah utara Sabah iaitu Kudat. Suatu ketika dulu daerah ini merupakan lubuk penyair kerana ramainya anak-anak muda berbakat menghasilkan sajak dan cerpen. Malah sebilangan besar penerima Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 ini datangnya dari daerah tersebut. Hanya kita tidak tahu sama ada semua ini hanya suatu kebetulan berdasarkan penilaian. Bagaimanapun kita berharap hadiah yang diberikan menjadi pendorong agar mereka kembali menggemilangkan sastera Melayu sebagaimana sebelumnya.
Cikgu Ramli AR: Pernah berada di penjara Kepayan, Sabah hanya kerana menulis sajak yang tajuknya sama seperti sajak Kassim Ahmad, 'tuhan telah mati'. Beliau juga merupakan penerima awal Hadiah Sastera yang diadaka sempena Hari Puisi di Kota Kinabalu pada tahun 70-an. Foto ini dirakamkan dalam acara Bicara Sastera di Sudut Penulis DBP Cawangan Sabah pada 20 Disember 2008 sempena Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Sabah 2006/2007.
Rabu, Disember 17, 2008
Sudah tentu terlalu banyak kegembiraan dirakamkan selain rakaman potret ini. Seperti tidak percaya bahawa saya sudah punya anak menantu dan puteri saya pula telah dimiliki seseorang yang dikasihinya. Sedikit kasihnya telah berpindah,,, namun yang tiada penghalang untuk meraikan kebahagiaan sepanjang hayat buat puteri kesayangan saya ini.
Langgan:
Catatan (Atom)