Sabtu, Mei 09, 2009
Jumaat, Mei 08, 2009

Segala-galanya tidak lebih daripada skill atau teknik memanjat menjadi pra-syarat untuk menyertai pertandingan memanjat tiang licin seperti dalam foto ini. Rakaman ini saya lakukan pada 2006 di suatu majlis rakyat di Kimanis, Papar, Sabah. Saya fikir 'sesuatu' yang tersimpan di atas tiang itu tidak begitu penting tetapi mempamerkan kebolehan untuk mencapai puncak tiang. Namun lebih penting lagi ialah teamwork, kerjasama dalam pasukan. Inilah nilai moral yang barangkali boleh kita hayati daripada permainan rakyat ini.
SAJEN menjadi 'bata' bagi Cikgu Mohd Fuad Bebit ke mana juga dia buat persembahan. SAJEN diterima tanpa mengira keadaan audiensnya dari kanak-kanak hingga yang dewasa. SAJEN atau 'sajak jenaka' memang tidak mudah selain teks yang jauh beza dengan teks sajak yang lazim dicipta, penyair jenis ini juga perlu berbakat humor. Bagi Cikgu Fuad, dia memang mempunyai bakat tersendiri mampu mewujudkan suasana lebih santai dan menghiburkan, SAJEN itulah kelebihannya dan satu-satunya deklamator di Sabah yang boleh melakukannya.*Bata - istilah basahan di Sabah bermaksud 'bekal'.
Khamis, Mei 07, 2009
Isnin, Mei 04, 2009



Ketiga-tiga foto ini diambil ketika saya menyertai Program Penulisan Mastera di Jakarta. Keadaan foto-foto ini tidak begitu baik, ini pun saya salin daripada laman web saya yang sudah lama tidak diurus. Saya bersama peserta dari Indonesia antaraya Oke Rosimi, Agus Sarjono, dan Cecep Zamzam Nor. Foto ini berlatarbelakangkan Istana Bogor, antara lokasi lawatan, kami ditemani Penyair Besar Indonesia Taufik Ismail (foto atas).
Langgan:
Ulasan (Atom)