Jumaat, Disember 26, 2008

Tuah Hang Tuah ada di mana? Ini ungkapan yang selalu saya dengar sejak kecil lagi. Tetapi jika ditanya tuah Dr. Haji Chacho Haji Bullah terletak pada novelnya, 'Bungalina'. Sesungguhnya usaha gigih beliau telah membuahkan hasil walaupun novel tersebut memakan masa yang lama sebelum berjaya diterbitkan pada tahun 2007 sebagai buah tangannya ketika menjadi Penulis Anak Angkat DBP Cawangan Sabah. Apa kurang juga dua orang penulis muda di kanan dan kiri Dr. Haji Chacho - Masri Judah dan Tasia Arlina Ismail. Karya Masri berjudul 'Bu' Santah' merupakan sebuah cerpen yang mengukir keindahan budaya melalui gambaran dan perincian tentang makan tradisi yang semakin dilupakan. Tasia antara aktivis teater yang sedang menempa nama di Sabah khususnya berjaya menambat hati para penilai Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 menerusi skrip yang beliau pernah arahkan dalam slot Anjung Apresiasi bertajuk 'Impian Orang-orang Kecil'.