Jumaat, Mei 08, 2009


Segala-galanya tidak lebih daripada skill atau teknik memanjat menjadi pra-syarat untuk menyertai pertandingan memanjat tiang licin seperti dalam foto ini. Rakaman ini saya lakukan pada 2006 di suatu majlis rakyat di Kimanis, Papar, Sabah. Saya fikir 'sesuatu' yang tersimpan di atas tiang itu tidak begitu penting tetapi mempamerkan kebolehan untuk mencapai puncak tiang. Namun lebih penting lagi ialah teamwork, kerjasama dalam pasukan. Inilah nilai moral yang barangkali boleh kita hayati daripada permainan rakyat ini.