Sabtu, Mei 09, 2009

Mengujakan KP DBP yang diraikan di Dewan Besar DBP baru-baru ini apabila merasmikan 10 buah buku karya pengarang Negeri Sabah. Bagus, bagus, bagus - lebih banyak buku diterbitkan lebik baik dan ini mampu mengatasi kekurangan bahan bacaan. Bagi para pengarang di Sabah, saranan KP DBP agar mengemukakan manuskrip amat dialu-alukan. Namun sejauh mana benarnya atau sekukuh mana bahan-bahan yang dikemukakan itu mampu melayakkan untuk penerbitan tetap masih berada dalam kotak yang kosong. Kerana itu juga, pihak DBP Cawangan Sabah harus tanpa henti menganjurkan program-program penulisan yang selayaknya dijalankan dengan sungguh-sungguh. Hasilnya tidak hanya untuk bacaan atau tatapan khalayak yang relatif kecil tetapi mampu tersebar di seluruh pelusuk negara.