Jumaat, Mei 08, 2009

SAJEN menjadi 'bata' bagi Cikgu Mohd Fuad Bebit ke mana juga dia buat persembahan. SAJEN diterima tanpa mengira keadaan audiensnya dari kanak-kanak hingga yang dewasa. SAJEN atau 'sajak jenaka' memang tidak mudah selain teks yang jauh beza dengan teks sajak yang lazim dicipta, penyair jenis ini juga perlu berbakat humor. Bagi Cikgu Fuad, dia memang mempunyai bakat tersendiri mampu mewujudkan suasana lebih santai dan menghiburkan, SAJEN itulah kelebihannya dan satu-satunya deklamator di Sabah yang boleh melakukannya.

*Bata - istilah basahan di Sabah bermaksud 'bekal'.