Sabtu, Mei 09, 2009

Ketika ini kami membelek-belek sebuah buku yang saya terima daripada Penyair Kemala. Buku ini diterbitkan oleh PT Gramedia Utama Jakarta yang membuatkan hasil karya 118 penyair Portugal, Indonesia dan Malaysia. Judul buku ini 'Antologia De Poeticas' iaitu sebuah kumpulan puisi berbahasa Portugis. Puisi penyair-penyair Indonesia dan Malaysia diterjemah dalam bahasa Portugis sementara puisi penyair-penyair Portugal pula diterjemah dalam bahasa Melayu. Saya turut gembira kerana salah sebuah puisi saya ada dalam buku setebal 424 muka surat ini. Jika anda ada kelapangan bolehlah melawat portal ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku berkenaan. Kami dalam foto ini ialah Laliman Ahmad, saya dan Ustazah Oneh Latifah Osman. Onehlah yang membawa kiriman Dato' Kemala itu.