Sabtu, Mei 09, 2009

Saya pernah mencatatan sebuah foto dalam entri yang lalu tentang para pelajar SMA Inanam Kota Kinabalu, Sabah yang berdisiplin dan begitu komited menerima program yang dianjurkan pihak sekolah. Foto ini saya rakam semasa salah sebuah kumpulan mengaksikan sebuah kisah berdasarkan sebuah cerpen yang mereka tulis sendiri. Menariknya sketsa ini menjadi walaupun latihannya hanya 2 jam. Biasanya pentomin dilakonkan berdasarkan puisi tapi kali ini sebuah cerpen. Amat menghiburkan. Para pelajar mendapat sesuatu sepanjang sehari program Bengkel Penulisan Cerpen. Guru-guru yang terlibat juga gembira. Barisan fasilitator dari Ikatan Penulis Sabah (IPS) juga telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang. Lebih menarik lagi salah seorang fasilitator mempunyai pengalaman menghadapi kertas-kertas jawapan Kesusasteraan dan Bahasa Melayu. Beruntung sungguh para pelajar yang mengisi masa pada hari Sabtu begini mendapatkan tip-tip menjawab soalan peperisaan. Dari saya dan IPS mendoakan agar anak-anak masa depan ini terus cemerlang dalam pelajaran mereka dan seterusnya kehidupan mereka juga. Insyaallah.