Ahad, Ogos 16, 2009

CC - merupakan cucu kami yang pertama.
CC anak sulung kepada anak saudara saya yang
bekerja di Labuan. Kini CC sudah laju jalannya...

Ahad, Ogos 09, 2009

Komuniti desa di Sabah amat mengenali insan ini.
Dia lebih dikenali sebagai Ampal. melekat di bibir
peminatnya berbanding nama sebenarnya, Abu
Bakar Elah. Foto ini dirakam ketika beliau membuat
persembahan di Pesta Tagunggu, Paitan.
Foto ini merakamkan salah satu kumpulan penari yang
menyertai Tarian Etnik Orang Sungai di Pesta Tagunggu
yang berlangsung pada 9 Ogos 2009 di Pentas Rakyat Paitan.
Kumpulan penari ini berasal dari Kampung Malaysia, Paitan, Beluran.

Isnin, Ogos 03, 2009

Wajah wirawati PLKN Kem Sinar Jaya Kota Belud,
menampilkan 'pose' sebagai pertugas SPR dalam program 'Kenali Aku'.
Program ini mendedahkan kepada para pelatih kem berkenaan
terhadap penjalanan pilihan raya. Mereka telah menjalankan
pilihan raya olok-olok (mock election) sementara disaksikan
oleh Pegawai SPR yang kemudiannya memberikan pandangan
serta ceramah dengan topik berkiatan
iaitu Sistem Pilihan Raya di Malaysia.

Selasa, Julai 28, 2009

Pemandangan yang pernah kelihatan memeritkan
sebuah bandar raya di Kota Kinabalu. Sebuah setinggan
di Likas. Namun ini hanyalah sebuah rakaman sebagai
sebuah lukisan masa lalu.

Isnin, Julai 27, 2009

Rakaman lensa semasa bertugas di Galeri SPR Sabah di Pekan
Tamparuli Sabah. Kanan sekali Datuk Louis Rampas, wakil
rakyat Kiulu, di sebelahnya Datuk Jahid Jahid, wakil rakyat
Tamparuli juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri
Sabah. Lima dari kiri ialah Pengarah Penerangan Negeri
Sabah. Merapatkan rakyat dengan agensi-agensi kerajaan
antara tujuan Program Sepakat Bestari anjuran Jabatan
Penerangan Negeri Sabah.

Ahad, Julai 26, 2009

Peluncuran Buku. Terima kasih Encik Zubaidi Abas,
Pengarah DBP Cawangan Sabah kerana sudi
hadir untuk meluncurkan buku baru saya.
Pekan Kecil Bongawan, Papar, Sabah.

Khamis, Julai 02, 2009

Orang lama, teknik dan strategi mesti hebat!
'Mr.Kaamatan' mesti menang! Inilah barangkali yang diucapkan
oleh Datuk Haji Sapawi Hj Ahmad sebelum menyaksikan
pertandingan tarik tali di Sipitang, Sabah.