Selasa, Julai 28, 2009

Pemandangan yang pernah kelihatan memeritkan
sebuah bandar raya di Kota Kinabalu. Sebuah setinggan
di Likas. Namun ini hanyalah sebuah rakaman sebagai
sebuah lukisan masa lalu.

Isnin, Julai 27, 2009

Rakaman lensa semasa bertugas di Galeri SPR Sabah di Pekan
Tamparuli Sabah. Kanan sekali Datuk Louis Rampas, wakil
rakyat Kiulu, di sebelahnya Datuk Jahid Jahid, wakil rakyat
Tamparuli juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri
Sabah. Lima dari kiri ialah Pengarah Penerangan Negeri
Sabah. Merapatkan rakyat dengan agensi-agensi kerajaan
antara tujuan Program Sepakat Bestari anjuran Jabatan
Penerangan Negeri Sabah.

Ahad, Julai 26, 2009

Peluncuran Buku. Terima kasih Encik Zubaidi Abas,
Pengarah DBP Cawangan Sabah kerana sudi
hadir untuk meluncurkan buku baru saya.
Pekan Kecil Bongawan, Papar, Sabah.

Khamis, Julai 02, 2009

Orang lama, teknik dan strategi mesti hebat!
'Mr.Kaamatan' mesti menang! Inilah barangkali yang diucapkan
oleh Datuk Haji Sapawi Hj Ahmad sebelum menyaksikan
pertandingan tarik tali di Sipitang, Sabah.

Rabu, Jun 10, 2009

Salah satu pemandangan setiap kali selepas menunaikan solat
di Masjidil Haram. Jemaah berbodong-bodong kembali
ke penginapan atau rumah masing-masing. Ini baru Umrah
tentu lebih hebat lagi ketika musim Haji...
Salah satu peristiwa yang menarik untuk kita
ketahui tentang unta dan anaknya. Sebenarnya anak unta ini
'berebut' mendapatkan tetek ibunya dengan penggembala
unta. Penggembala unta 'menyembunyikan' tetek unta
ini agar dapat mengeluarkan susu unta untuk tunjuan
jualan kepada pelancong. Kasihan juga ya, anak unta itu...

Jumaat, Jun 05, 2009

Papan maklumat di kaki Bukit Thur yang terdapat
sebuah gua tempat persembunyian Rasulullah SAW
dan Saidina Abu Bakar semasa diburu. Papan tanda
di bawah sekali dipaparkan dengan medium Bahasa
Melayu/Indonesia meskipun baris terakhir pada
papan tersebut sepatutnya diletakkan pada baris
pertama. Menjadi menarik kerana di tengah
kepelbagai bangsa yang menziarahi kesan sejarah
Nabi ini 'Melayu' terpacak sekian lama di situ.

Khamis, Jun 04, 2009

Baitullah - selepas waktu Asar.