Rabu, Jun 10, 2009

Salah satu pemandangan setiap kali selepas menunaikan solat
di Masjidil Haram. Jemaah berbodong-bodong kembali
ke penginapan atau rumah masing-masing. Ini baru Umrah
tentu lebih hebat lagi ketika musim Haji...
Salah satu peristiwa yang menarik untuk kita
ketahui tentang unta dan anaknya. Sebenarnya anak unta ini
'berebut' mendapatkan tetek ibunya dengan penggembala
unta. Penggembala unta 'menyembunyikan' tetek unta
ini agar dapat mengeluarkan susu unta untuk tunjuan
jualan kepada pelancong. Kasihan juga ya, anak unta itu...

Jumaat, Jun 05, 2009

Papan maklumat di kaki Bukit Thur yang terdapat
sebuah gua tempat persembunyian Rasulullah SAW
dan Saidina Abu Bakar semasa diburu. Papan tanda
di bawah sekali dipaparkan dengan medium Bahasa
Melayu/Indonesia meskipun baris terakhir pada
papan tersebut sepatutnya diletakkan pada baris
pertama. Menjadi menarik kerana di tengah
kepelbagai bangsa yang menziarahi kesan sejarah
Nabi ini 'Melayu' terpacak sekian lama di situ.

Khamis, Jun 04, 2009

Baitullah - selepas waktu Asar.
'Payung Gergasi', inilah yang dapat saya namakan
di luar Masjid Nabawi, kini hampir siap dipasang
untuk para jemaah berteduh, terutama ketika
musim Haji menjelang nanti.
Jabal Uhud, sengaja menjadikan latar ketika merakam
foto ini. Ini merupakan salah satu program ziarah ketika
melaksanakan ibadah Umrah.
Para jemaah keluar dari salah satu pintu
Masjid Nabawi selepas solat.
Rakaman kenangan di bawah Jabal Rahmah, lokasi
pertemuan Nabi Adam dengan Bonda Hawa.
Berada di Masjidil Haram berlatarkan Kaabah seselesai
solat Fardhu subuh. Ketika itu jemaah tetamu Allah sedang
mengerjakan tawaf.

Bersama adik-adik di bawah Bukit Thur.