Lensa merakamkan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Aziz Mohd Yussof, Pengerusi SPR dan Yang Berbahagia Dato' Ngah Senik, Setiausaha SPR bersama Pengarah dan staf Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah selepas melakukan lawatan serta perjumpaan dengan staf di PPN Sabah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah pada 16 April yang lalu. Lawatan ini merupakan yang pertama sejak kedua-duanya dilantik sebagai Pengerusi dan Setiausaha SPR.
Isnin, Mac 09, 2009
Khamis, Januari 01, 2009
ABM Fajeer - sinonim jika memperkatakan sastera, pemimpin penulis bahkan pemimpin masyarakat. Sinonim juga dengan nama Sandakan. Begitulah apa yang barangkali difahami oleh mereka yang begitu mengenali tokoh berkenaan. Saya merakamkan foto ini semasa mengadakan majlis taklimat pilihan raya umum Negara awal tahun 2008. Abang ABM seorang yang lemah lembut ketika bercakap, mudah tersenyum dengan sesiapa juga yang bertemu dengannya. Meskipun begitu, bila berkarya, intipati karyanya cukup sinis dan berkesan mencabar daya fikiran pembaca. ABM Fajeer merupakan penerima Anugerah Penyair Islam Sabah. Buku puisi beliau 'Taufan' pernah diulas oleh Jasni Matlani.

Rabu, Disember 31, 2008
Tahun 2000, ketika menyertai Program Pengucapan Puisi KL, saya bertemu dengan seorang kartunis yang amat terkenal yang bernama Zainal Buang Hussien. Kami duduk bersantai melepaskan penat setelah sehari suntuk merendah Sungai Tembeling. Ketika itu kami telah berada di Taman Negara Pahang. Dari Sabah kami hanya bertiga; selain daripada saya ialah Haji Ismaily Bongsu dan arwah Ramlee Haji Golah. Program tersebut sebenarnya berpusat di Kuala Lumpur tetapi perjalanan ke Taman Negara Pahang merupakan sebahagian aktiviti yang disediakan penganjur kepada para peserta termasuk para penyair antarabangsa.
Sabtu, Disember 27, 2008


Ini keakraban Adek dan Abang. Suatu ketika mereka pernah dibesarkan bersama di bawah satu bumbung di rumah kami. Ketika Abang berusia 8 tahun dia 'diambil' sembula oleh keluarganya. Keluarganya bukan orang lain, adik saya sebenarnya. Cuma 'perpisahan' telah terjadi antara kami. Namun benarlah apa yang sering saya dengar bahawa biar apapun atau bagaimana apapun keadaan kami, naluri antara saya dengan Abang, antara Adek dengan Abang bahkan Kakak dan isteri saya sentiasa menyatu. Kami berlima yang satu sebenarnya. Sukar untuk diceritakan mengapa terjadinya perpisahan itu, sejak itu saya sering sedih yang kadang-kadang mengalirkan air mata. Ini disebabkan keakaraban tentunya. Saya sering menerima kesedihan yang sama apabila sesekali bertemu dengan Abang. Abang sering mengesat airmatanya walaupun dia berusaha menyembunyikan kesayuan hatinya. Saat ini Abang berusaia 15 tahun, dia tidak pernah berubah, tetap manja apabila bersama keluarga kami yang kecil ini.Jumaat, Disember 26, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)


