Ahad, Mei 10, 2009


Ketika ditugaskan di Negeri Kedah semasa PRK Bukit Selembau, seperkara yang menguja saya ialah tentang kertas undi. Apabila diumumkan seramai 15 orang calon bertanding bagi PRK berkenaan saya menggambarkan bagaimana saiz kertas undinya. Jika di Sabah bilangan calon paling ramai 8 orang yang berlaku di Tanjung Kapor Kudat. Tapi kali ini 15 orang calon, maka lihatlah saizanya. Bukan itu sahaja, keadaan di saluran mengundi juga berbeza daripada biasa. Ketua Tempat Mengundi perlu menyediakan 15 buah meja dan kerusi untuk ejen-ejen calon bertanding di samping peti-peti undi tambahan. Ini ditambah lagi ketika mengira undi, jika sebelumnya masa digunakan hanya sekitar 30 minit atau paling lama sejam, kali ini lebih daripada itu. Petugas pilihan raya perlu memaparkan kertas yang ditanda kepada semua ejen mengira undi, bayangkan 15 orang ejen kemudian 'tray' atau dulang untuk kertas-kertas undi juga sama jumlahnya iaitu 15 dulang, akan ditambah lagi apabila ada calon yang menerima undi yang besar. Inilah pengalaman terbaik setakat berkhidmat di SPR selama 25 tahun.