Sabtu, Disember 20, 2008














Lama juga tidak menemui dua orang penyair dari Kudat ini. Sebelah kiri, Tuan Haji Alipah Jambuaan dan di sebelahnya Mohd Zain Assoh (Mohd Zain AH). Mereka ini penyair penting di sebelah utara Sabah iaitu Kudat. Suatu ketika dulu daerah ini merupakan lubuk penyair kerana ramainya anak-anak muda berbakat menghasilkan sajak dan cerpen. Malah sebilangan besar penerima Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 ini datangnya dari daerah tersebut. Hanya kita tidak tahu sama ada semua ini hanya suatu kebetulan berdasarkan penilaian. Bagaimanapun kita berharap hadiah yang diberikan menjadi pendorong agar mereka kembali menggemilangkan sastera Melayu sebagaimana sebelumnya.